Pengakap Lahad Datu
  Visi dan Misi
 

VISI DAN MISI

VISI

  • Melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berketrampilan, berdaya saing serta memiliki ciri-ciri disiplin yang boleh dicontohi oleh generasi akan datang.
  • Menanamkan semangat setiakawan yang tulen di kalangan ahli dan pemimpin pengakap daerah Lahad Datu
  • Melahirkan ahli Pengakap yang lengkap dengan ilmu kepengakapan sedunia danmampu berdikari walau di mana jua berada.
  • Menyediakan ahli-ahli Pengakap yang memiliki sahsiah yang tinggi khususnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
  • Melahirkan generasi ahli-ahli Pengakap yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berteraskan motivasi diri dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan keyakinan ahli berhadapan dengan masa depan.
  • Menjalankan program bersepadu dalam daerah dan bahagian bagi menggalakkan ahli-ahli menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, kedudukan dan agama.
  • Menjalankan program-program pendidikan luar yang berteraskan kemahiran pengakap sesuai dengan suasana pesekitaran aktiviti.
  • Menjalankan program keilmuan agama dan kerohanian dan tujuan mendidik dan membentuk kendiri ahli-ahli Pengakap yang boleh dicontohi oleh generasi mendatang.
  • Melaksanakan program-program kemasyarakatan melibatkan ahli-ahli Pengakap sekaligus memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali dengan lebih dekat pergerakan pengakap dari semasa ke semasa.
 
   
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=