Pengakap Lahad Datu
  Ucapan Pesuruhjaya
 

UCAPAN PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH
Encik Sari bin Arshad


ASSALAMUALAIKUM WBT ..DAN SALAM PENGAKAP

    Selamat datang ke laman web Persekutuan Pengakap Daerah Lahad Datu.
Kejayaan mewujudkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatanPersekutuan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif Persekutuan ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT.Sejajar dengan Seruan Kerajaan bagi meningkatkan Pengetahuandalam bidang teknologi, Persekutuan Pengakap adalah komiteddan akan terus berusaha dengan gigih lagi pro-aktif terhadappeningkatan dan penyampain ilmu yang lebih berkesan.

      Persekutuan Pengakap di daerah ini akan menjadi landasan awal
generasi muda belajar tentang kepimpinan,penyatuan norma hidup
yang positif, ketekunan, taat setia pada pemimpin, jatidiri, menghormati
orang tua, sabar, tekun, berketrampilan,berilmu,berbudi yang semuanya
tercakup dalam Undang-Undang Pengakap.

Saya yakin dan menaruh kepercayaan bahawa Persekutuan Pengakap di
Daerah ini adalah di antara Persatuan yang akan berjaya mencapai Visi
dan Misi serta menjadi contoh kepada pertubuhan yang lain. Dengan
kewujudan Laman ini diharapkan ianya akan menjadi pendorong kepada
semua ahli Pengakap khususnya pemimpin untuk sama-sama mencanang
ilmu dan menjadi seorang pemimpin yang boleh memimpin dan membentuk
generasi muda yang mapan di era globalisasi.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"


Saya Yang Menurut Perintah


( EN SARI BIN ARSHAD )

 

 

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free