Pengakap Lahad Datu
  Ucapan Pengerusi
 

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PENGAKAP DAERAH

Encik Ahmad Bin Samsuri  

 
ASSALAMUALAIKUM WBT ..DAN SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Pengakap Sedunia Peringkat Daerah Lahad Datu bagi Tahun 2002. Selaku Pengerusi Majlis Pengakap Daerah, saya amat berbangga dan mengalu-alukan kesungguhan, kegigihan dan komitmen semua ahli Majlis 
Pengakap Daerah, Majlis Pemimpin Pengakap, Para Pemimpin di Jabatan masing-masing, Pengetua dan Guru Besar selaku Pentadbir di Sekolah dan umumnya kepada para pemimpin kumpulan.
      Syabas dan tahniah juga diucapkan atas kejayaan 
menjadikan Teknologi Maklumat merupakan wadah dan tapak 
untuk meningkatkan ilmu Kepimpinan, pentadbiran yang berkait dengan ilmu kepengakapan sehingga termeterainya Laman Web Rasmi Persekutuan ini yang boleh dicapai oleh semua masyarakat khususnya Ahli Pengakap di Seluruh Dunia.
     Saya percaya bahawa Laman ini akan menjadi gedung menimba dan berkongsi ilmu kepengakapan dengan pengakap di seluruh dunia di samping 
mewujudkan `Rangkaian Kerja' yang lebih efektif di kalangan ahli-ahli dan
pemimpin pengakap. Selain itu, Sambutan Hari Pengakap Sedunia ini 
juga memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap berkumpul dan 
membina Rangkaian persefahaman yang lebih utuh di samping 
merapatkan silaturrahim, memupuk budaya kerja cemerlang meningkatkan 
pengetahuan dalam merancang dan mengurus sesuatu aktiviti dengan
konsep perkongsian ilmu. 
      Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa MajlisPengakap Daerah, Majlis Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawab 
masing-masing dan tidak pernah mengenal erti jemu untuk melakar wacana pembangunan minda generasi muda bagi menjamin kepimpinan 
mendatang yang lebih berwibawa. 


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"


Saya Yang Menurut Perintah

(
EN AHMAD BIN SAMSURI )

 

 
   
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=