Pengakap Lahad Datu
  Ucapan KPPNS
 
UCAPAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH

Datuk Awang Zainie Hj Suntim
ASSALAMUALAIKUM WBT..

P
ertama sekali saya mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Pertubuhan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Lahad Datu atas usaha murni dan gigih yang telah berjaya menghasilkan laman web pengakap yang pertama bagi Daerah Lahad Datu.
 

Sesungguhnya kekuatan sesuatu pertubuhan bukan diukur dari tingginya komitmen seorang pemimpin atau bilangan ahlinya yang besar tetapi 
Pertubuhan yang benar benar kuat dan utuh adalah kesepaduan semua ahli dalam semua urusan pentadbiran dan keikhlasan yang benar benar lahir dan terbit dari hati yang suci dan murni dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

G
enerasi yang ada hari ini harus diberi bimbingan dan latihan sebagai 
persediaan untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar mapan
dalam 
menangani setiap cabaran yang akan wujud
dalam dunia era globalisasi. 
Kita masih belum dapat memastikan
apakah bentuk dunia yang akan 
terhasil dari peradaban dunia hari ini
namun kita boleh membayangkan 
dan sekaligus menyediakan ciri ciri
pemimpin atau generasi yang berfikiran 
kritis dan bijak dalam membuat
keputusan dan seterusnya merealisasikan 
satu bentuk komuniti yang aktif dan positif. 

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"


Saya Yang Menurut Perintah

( DATUK AWANG ZAINIE HJ SUNTIM )

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free