UCAPAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH
Datuk Awang Zainie Hj Suntim
ASSALAMUALAIKUM WBT..
Pertama sekali saya mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Pertubuhan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Lahad Datu atas usaha murni dan gigih yang telah berjaya menghasilkan laman web pengakap yang pertama bagi Daerah Lahad Datu.
Sesungguhnya kekuatan sesuatu pertubuhan bukan diukur dari tingginya komitmen seorang pemimpin atau bilangan ahlinya yang besar tetapi
Pertubuhan yang benar benar kuat dan utuh adalah kesepaduan semua ahli dalam semua urusan pentadbiran dan keikhlasan yang benar benar lahir dan terbit dari hati yang suci dan murni dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Generasi yang ada hari ini harus diberi bimbingan dan latihan sebagai
persediaan untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar mapan dalam
menangani setiap cabaran yang akan wujud dalam dunia era globalisasi.
Kita masih belum dapat memastikan apakah bentuk dunia yang akan
terhasil dari peradaban dunia hari ini namun kita boleh membayangkan
dan sekaligus menyediakan ciri ciri pemimpin atau generasi yang berfikiran
kritis dan bijak dalam membuat keputusan dan seterusnya merealisasikan
satu bentuk komuniti yang aktif dan positif.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"
Saya Yang Menurut Perintah
( DATUK AWANG ZAINIE HJ SUNTIM )
|