Pengakap Lahad Datu
  Berita l News
 

JEMPUTAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN RAKSAKSA PENGAKAP SEMALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-100 PENGAKAP DI MALAYSIA
shar on 04/13/2009 at 3:10pm (UTC)
 JEMPUTAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN RAKSAKSA PENGAKAP SEMALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-100 PENGAKAP DI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempenaan dengan sambutan ulangtahun ke-100 Pengakap di Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganjurkan satu Perhimpunan Raksaksa melibatkan kira-kira 6000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia.

Perhimpunan ini akan dihadiri bersama dengan Perdana Menteri Malaysia dan Mantan Perdana Menteri (Perdana Menteri merupakan Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia).

Butiran Perhimpunan adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2009
Tempat: Stadium Negara, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi
Pameran aktiviti Pengakap seluruh negara akan dibuka sepanjang hari.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah akan menganjurkan satu pameran dan menghantar seramai mungkin ahli Kontinjen untuk mewakili Negeri Sabah ke Perhimpunan ini. Sehubungan itu, saya dengan segala hormatnya mempelawa anda untuk bersama-sama menyertai perhimpunan yang bersejarah ini.

Kontinjen Pengakap Sabah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 24 April 2009 dan balik semula ke Kota Kinabalu pada 26 April 2009 melalui penerbangan Airasia (butiran penerbangan akan ditentukan kelak). Bagi ahli Pengakap, PPM Cawangan Sabah akan menyediakan bilik hotel untuk penginapan sepanjang berada di Kuala Lumpur. Peserta akan menyediakan sendiri tambang penerbangan pergi dan balik Kota Kinabalu - Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat, sila maklumkan penyertaan anda kepada Ibupejabat Pengakap Negeri di talian berikut :

Telefon : 088-219558
Fax : 088-210550
H/P : 012-8325546 (Nourman Rayn)

Satu sijil khas 100 tahun Pengakap Malaysia akan dikeluarkan oleh PPM khusus bagi mereka yang menghadiri perhimpunan ini.

Hubungilah kami sekarang untuk sebarang maklumat lanjut.

Harap Maklum.


NOURMAN RAYN AG. ZAINI
Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah
 

Mesyuarat PPD 6-02-09
Shar on 02/09/2009 at 7:11am (UTC)
 Isu utama dalam mesyuarat pembentangan TAKWIM negeri dan Takwim Daerah lahad datu.

beberapa Aktiviti yang akan dijalankan:

1.Seminar "tenggungjawab Pasukan Unit berunifom",pada: akan ditentukan

2.Majlis berbuka puasa dan pemberian hadiah kepada warga yang tak kaya(miskin)",pada: akan ditentukan

3.Kursus para Pemimpin pengakap,pada: akan ditentukan

4.mesyuarat Pemimpin-Pemimpin pengakap Daerah Lahad Datu pada:11/03/2009 di Dewan Majlis Daerah Lahad Datu Fajar.
 

Mesyuarat PPD Daerah 30/06/2008
shar@aking on 07/01/2008 at 4:17am (UTC)
 
Mesyuarat PPD Daerah 30/06/2008

Agenda:
1. Pentauliahan Sijil kepada Pen.Pesuruhjaya Daerah
2. Road Show - Mesyuarat bersama pengetua,Guru Besar Dan Pemimpin Pengakap.
3. Perkhemahan di Kem Malangang Tamparuli - sambutan Hari pengakap ke 100 Malaysia,Sabah.
4. Majlis ke Istana
5. Hari Pengakap Sandakan


mesyuarat ini ditangguhakan dan Mesyuarat seterusnya pada 9 Ogos 2008..
 

Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Lahad Datu
ppdm on 06/25/2008 at 2:29am (UTC)
 19 jun 2008 mesyuarat telah diadakan di teluk darvel di lahad datu,di mana isu yang menarik perhatian ahli semua adalah jamuan yang di adakan oleh pengakap parlimen kita YB.Salleh Kalbi.yang mana akan membuat majlis makan malam pengakap sempena perlantikan dan Hari pengakap..

Sambutan hari pengakap akan di adakan pada 2 ogos di dewan masyarakat dimana dalam majlis itu akan menyempurnakan perlantikan Pen.Pesuruhjaya baru,Pemimpin,Pen.pemimpin dan penganugerahaan Manikayu,Sijil Tauliah dan lain-lain lagi.

Mesyuarat ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan akan di sambung pada 30 Jun 2008 di mana agenda utama mesyuarat adalah pelaksanaan Hari pengakap peringkat Derah Lahad Datu.
 

Virgil Kelana
PPDMLD on 06/09/2008 at 1:55am (UTC)
 Virgil kelana telah di adakan pada 9-10 jun 2008 di Kawasan Perumahan DO lahad datu,

Ujian ini dihadiri oleh 18 orang ahli bakal pengakap kelana,yang terdiri daripada beberapa sekolah di Lahad Datu,Belia Lahad Datu dan juga dari Pengakap Kinabantangan.

Taniah kepada semua Urusetia,dan juga pihak pengurusan pengakap lahad datu yang menjayakan program ini.dimana turut menjayakan program pesuruhjaya,Pen.Pesuruhyaya daerah lahad datu ,Pen.Jurulatih kebangsaan dan juga Ahli Majlis pemimpin tertinggi lahad Datu.

Tuan Hj.Ahmad Sawal,telah menyempurnakan Majlis Penyampaian REBEN kelana dan juga merasmikan majlis penutupan dengan ucapan yang beliau tekankan "BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT"dan beliau juga mengharapkan semua kelana dapat menyumbangkan jasa kepada diri,keluarga,masyarakat dan malaysia..selain itu beliau jaga mengalakkan perkhemahan akan selalu di adakan dan juga aktiviti-aktiviti bagi mengelakkan remaja masa kini terjebak dengan budaya ayng tidak bermoral.



 

Kami ingin belajar banyak dari Indonesia
pengakap on 04/28/2008 at 1:11pm (UTC)
 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia:

Kami ingin belajar banyak dari Indonesia


Ketua Kwartir Nasional Gerakan Pramuka, Prof. DR. dr. H. Azrul Azwar, MPH Rabu, 30 Januari 2008 menerima pengurus Persekutuan Pengakap Malaysia (Gerakan Pramuka Negara Malaysia-Red). Rombongan Pengakap Malaysia yang berjumlah 5 orang tersebut dipimpin langsung oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia, YBhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Kachar.

Di depan Ketua Kwartir Nasional, Dato’ Kamarudin Kachar menyampaikan ingin sekali melakukan kerjasama yang sangat erat dengan Gerakan Pramuka yang begitu berkembang di bumi Indonesia. Kami sangat terima kasih atas sambutan yang sangat baik dari Kwartir Nasional atas kunjungan yang sering kami lakukan ini. Maksudnya tiada lain ingin belajar banyak bagaimana mengelola generasi muda Indonesia menggeluti pendidikan Gerakan Pramuka.

Kunjungan kali ini ujar Dato’ Kamarudin untuk menggali bagaimana Gerakan Pramuka melakukan pembinaan Satuan Karya (SAKA) Pramuka khususnya Saka Pramuka Dirgantara. Oleh karena itu, dalam kunjungan ini kami mengajak orang-orang yang berkepentingan dalam pengembangan dan pembinaan Pengakap Udara di Malaysia atau di Gerakan Pramuka melalui Saka Dirgantara.

Dato’ Kamarudin yang neneknya berasal dari Bukit Tinggi dan beristrikan orang Solo, Jawa Tengah ini menyampaikan bahwa Persekutuan Pengakap Malaysia sedang berjuang semaksimal mungkin membina kaum muda Malaysia. Misinya adalah untuk membantu negara dalam menelorkan generasi muda Malaysia yang cinta tanah air serta mengatasi masalah-masalah sosial yang saat ini sedang bergejolak di negara Malaysia.

Salah satu jalan ujar Dato’ Kamarudin adalah mengaktifkan Pengakap Udara untuk menarik minat generasi muda Malaysia menggeluti dunia kepanduan di Malaysia. Pelan-pelan Pengakap-Pengakap lain akan kami tumbuh-kembangkan seperti yang ada di Indonesia dengan cara meningkatkan kualitas dan kuantitas kegiatan yang diselenggarakan Pengakap.

Sementara itu, Ketua Kwartir Nasional Gerakan Pramuka, Prof. DR. dr. H. Azrul Azwar, MPH menjelaskan secara umum tentang pembinaan Satuan Karya Pramuka di Indonesia. Tujuannya adalah menyediakan wadah bagi Pramuka Penegak dan Pramuka Pandega untuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan praktis sesuai minat yang digeluti. Di Indonesia ada 7 (tujuh) Saka yang terus ditingkatkan pembinaannya, yaitu Saka Bahari, Saka Bhayangkara, Saka Tarunabumi, Saka Wanabakti, Saka Bakti Husada, Saka Dirgantara dan Saka Kencana.

Khusus untuk pembinaan Saka Dirgantara disampaikan oleh Kak Febriyana, Pimpinan Saka Pramuka Dirgantara Tingkat Nasional/Pb. Andalan Nasional Gerakan Pramuka.

Kunjungan hari ke-2, rombongan Persekutuan Pengakap Malaysia diajak melihat dari dekat pembinaan Saka Dirgantara di Hanggar Pesawat Laptera, Bumi Perkemahan Pramuka Cibubur, Jakarta. Hadir dalam sesi ini adalah Kak Eris Heriyanto, Pb Andalan Nasional yang sekaligus memberikan penjelasan tentang berbagai kegiatan yang dilakukan Saka Dirgantara.

Hal yang menarik dari kegiatan pada hari kedua, mereka diberi kesempatan menikmati penerbangan untuk melihat Cibubur dari atas udara. Yang sangat membanggakan adalah pesawat yang hanya berpenumpang 2 orang tersebut dipiloti oleh Kak Eris sendiri.





Informasi lebih lanjut hubungi :

Karo Abddimas dan Humas, Septembri Yanti, 021-3507645, pst 2209
Kabag Humas, Saiko Damai, 0813-1076900, E-mail: saiko_damai@yahoo.com
E-mail Kwarnas: kwarnas@pramuka.or.id, dan kwarnas@centrin.net.id
 

<-Back

 1  2  3 Continue -> 
 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free